Berita Semasa

Siasatan insiden jurulatih tampar pemain selesai – Fadhlina

NIBONG TEBAL – Kementerian Pendidikan (KPM) telah menyerahkan laporan siasatan mengenai kejadian jurulatih bola tampar yang menampar dua pemainnya kepada Unit Tatatertib dan Integriti untuk tindakan selanjutnya.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek sekali lagi menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dalam soal keganasan.

“Ingin saya tekankan di sini, dari awal sudah kita nyatakan dalam kes ini, proses sangat penting.

“Kita ada ruang keadilan untuk semua pihak malah guru tersebut (jurulatih) juga boleh buat representasi. KPM tidak berkompromi soal keganasan,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan tinjauan di gelanggang bola keranjang Bukit Panchor, di sini iaitu lokasi Pasar Percuma 2023 Parlimen Nibong Tebal.

Sebelum ini, tular sebuah video yang memaparkan seorang jurulatih bertindak menampar dua pemain perempuannya ketika membimbing pasukan Melaka dalam Kejohanan Bola Tampar Remaja Bawah 14 Tahun.

Ekoran insiden di Johor itu, jurulatih bola tampar tersebut, Saiful Hadee Amar, 44, memohon maaf secara terbuka berhubung tindakannya dan sedia berdepan tindakan yang bakal diterima.

Show More

Related Articles

Back to top button