13 dilantik sebagai Setiausaha Politik Menteri Kabinet
PUTRAJAYA – Sebanyak 13 orang dilantik menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Kabinet dan selesai mengangkat sumpah di pejabat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini hari ini.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap semua yang dilantik akan dapat melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik dan penuh tawaduk.
Majlis Angkat Sumpah Simpan Rahsia 13 Setiausaha Politik itu didahului oleh Azman Abidin yang merupakan Setiausaha Politiknya.
Turut mengangkat sumpah ialah Datuk Jamal Norubit @ Nerubi (TPM), Datuk Mohd Razlan Muhamad Rafi (KKDW), Che Zam Hamzah (Ekonomi), dan Datuk Mohammad Khairi A. Malik (KPT).
Antara yang lain termasuklah Suhaizan Kaiat ((Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup), Mohd Syazwan Rahimy Mohd Mokhtar (Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim).
Selain itu, Carl Douglas Victor Moosom (Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi); Atiqah Syairah Shaharuddin (Menteri Pendidikan), Dr. Muhammad Razak Idris (Hal Ehwal Agama), Ravindran a/l Vengadasamy (Kementerian Sumber Manusia), Napsiah Khamis @ Maharan (Menteri Kesihatan), dan Mohammad Ghazali Hajiji (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas).
Minggu lalu 10 Setiausaha Politik turut mengangkat sumpah antaranya Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin (Timbalan Perdana Menteri dan KKDW), Ir Irwan Zulkarnain Hasbie (TPM dan MPIC) Mikai Mandau (TPM dan MPIC), Chiong Yoke Kong (KPKT).
Ambrose Abong Bugek pula dilantik sebagai Setiausaha Politik (Kerja Raya), Johari Kassim (Kementerian Dalam Negeri), Ooi Tze Min (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi), Mohammed Kamaluddin Effendie (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), Lee Seang Hock (Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya) dan Abdullah Izhar Yusof (Menteri Komunikasi dan Digital).