Luar Negara

Aplikasi TikTok diharamkan pada peranti kerajaan – AS

NEW YORK – Amerika Syarikat (AS) akan melaksanakan larangan aplikasi TikTok pada peranti rasmi yang digunakan oleh anggota Dewan Perwakilan dan kakitangan kerajaan.

Larangan itu diumumkan oleh Ketua Pejabat Pentadbiran Amerika Syarikat (AS) sambil memberikan sebab keselamatan.

“Pejabat Keselamatan Siber menganggap aplikasi mudah alih TikTok berisiko tinggi kepada pengguna disebabkan beberapa ciri keselamatannya.

“Jika anda mempunyai aplikasi TikTok pada peranti mudah alih bagi kegunaan rasmi, anda akan dihubungi bagi mengalih keluar aplikasi berkenaan,” menurut pejabat berkenaan dalam e-mel yang dihantar kepada Ahli Dewan Perwakilan dan kakitangan pada Selasa.

Laporan agensi Anadolu memaklumkan bahawa pegawai AS pada bulan lalu memberi amaran bahawa data yang dikumpul pada aplikasi itu boleh “digunakan secara salah”.

Rang undang-undang perbelanjaan US$1.7 trilion yang diluluskan oleh Senat minggu lalu juga mentakrifkan larangan menggunakan TikTok pada hampir semua peranti kerajaan di AS.

Setelah ditandatangani menjadi undang-undang, larangan itu bakal meliputi hampir semua agensi kerajaan.

Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button