Jenayah & Mahkamah

Individu muat naik komen berbaur perkauman sudah ditangkap April lalu – PDRM

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudahpun menangkap individu yang memuat naik komen berbaur perkauman di pelbagai platform media sosial yang tular baru-baru ini pada April lalu.

PDRM dalam satu kenyataan di Facebook berkata, komen dan provokasi yang dibuat oleh individu yang menggunakan nama “Nazrul Nazari” itu telah dimuat naik pada Ogos 2019.

“Ekoran daripada itu, seorang lelaki Melayu berumur 33 tahun telah ditangkap pada 1 April 2022,” katanya dalam kenyataan itu.

Tertuduh telah didakwa di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan iaitu memberikan maklumat palsu kepada penjawat awam dan Seksyen 243 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Tegas PDRM, Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak menyebarkan semula komen berkenaan secara provokasi kerana boleh menggugat ketenteraman kaum di Malaysia.

“Tindakan tegas tanpa kompromi bakal diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja mendatangkan khianat awam melalui isu-isu yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum,” tegasnya.

Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button