
Seorang pelancong maut, 6 cedera dalam insiden bas dua tingkat terbakar
KUALA LUMPUR – Seorang pelancong maut manakala enam lagi cedera apabila bas dinaiki mereka terbakar di KM 198 Lebuhraya Utara Selatan (arah utara) awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira 3.50 pagi tadi, bas dua tingkat itu dipercayai membawa 30 penumpang yang semuanya warga Singapura.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh, Timbalan Penguasa Bomba II (KUP) Zahrul Azha Mokhtar berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 3.55 pagi sebelum 21 pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi.
“Sebaik tiba didapati sebuah bas terbakar 100 peratus selepas bas berkenaan melanggar sebuah motosikal yang terbabas sebelum itu.
“Bas membawa 30 mangsa dan kejadian mengakibatkan tiga daripadanya cedera sebelum dihantar ke hospital,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata enam penumpang yang cedera dihantar ke hospital menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), ambulans dan kenderaan orang awam.
Katanya mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat dan sedang menunggu maklumat lanjut pegawai penyiasat.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |