BERITA SEMASA

LLM nafi dakwaan penunggang motosikal mula bayar tol lebuh raya Oktober ini

PUTRAJAYA – Dakwaan penunggang motosikal akan dikenakan tol di lebuh raya mulai Oktober ini seperti didakwa di satu akaun di Facebook, semalam adalah tidak benar.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menegaskan, tiada sebarang perubahan terhadap kategori kenderaan yang dikenakan tol pada masa ini.

Menurut LLM, hantaran di media sosial itu satu maklumat tidak benar yang mengelirukan orang ramai serta berpotensi mencetuskan kebimbangan tidak berasas dalam kalangan penunggang motosikal, selain menjejaskan reputasi kerajaan, Kementerian Kerja Raya (KKR), LLM dan syarikat konsesi lebuh raya yang terlibat.

“Untuk makluman, syarikat konsesi PLUS Malaysia Berhad kini sedang menjalankan ujian sistem tol terbuka menggunakan teknologi Pengecaman Nombor Plat Automatik (ANPR).

“Sekiranya ujian ini berjaya, pelaksanaannya akan dilakukan secara berperingkat di lebuh raya kendalian PLUS Malaysia Berhad,” kata kenyataan itu.

Menurut LLM objektif utama pelaksanaan sistem tersebut adalah untuk melancarkan aliran trafik, meningkatkan keselesaan pengguna dan mengurangkan kesesakan di plaza tol.

Justeru, LLM menggesa orang ramai, khususnya pengguna lebuh raya bertol, agar tidak mempercayai atau menyebarkan maklumat palsu yang mengelirukan atau bersifat hasutan dan merujuk kepada sumber rasmi pihak berkuasa.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button