
Amalan pengajaran adaptif bantu guru hadapi cabaran Industri 5.0
TANJONG MALIM – Pendekatan pengajaran adaptif dan reflektif perlu menjadi keutamaan dalam melahirkan pendidik masa depan yang bersedia menghadapi era Industri 5.0, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh.
Beliau menegaskan bahawa guru kini perlu mengintegrasikan kecerdasan buatan, teknologi pintar, serta pendekatan yang memanusiakan pendidikan dan bukan lagi bergantung kepada kaedah konvensional semata-mata.

Bercakap ketika merasmikan Simposium Amalan Pengajaran Antarabangsa 2025 (ITPS 2025) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Kah Woh menekankan keperluan untuk guru bersikap fleksibel, mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat serta peka terhadap kesejahteraan pelajar.
Simposium itu menghimpunkan lebih 30 pembentangan daripada pelbagai pihak termasuk ahli akademik dan wakil industri serantau.
Sementara itu, Pengarah PULAMI UPSI, Prof. Madya Dr. Ashardi Abas berkata, latihan mengajar kini menuntut guru praperkhidmatan menangani bilik darjah yang kompleks, termasuk isu kesihatan mental pelajar, kepelbagaian budaya dan gangguan teknologi seperti AI.

Beliau mencadangkan agar hubungan universiti dan sekolah diperkukuh dengan penekanan kepada pedagogi kritikal, kemahiran digital dan pendidikan inklusif, selain membuka peluang praktikum rentas sempadan di peringkat serantau dan global.
“Secara serantau, kita boleh bayangkan pertukaran praktikum rentas sempadan. Di peringkat global pula, guru perlu dilatih untuk mengendalikan bilik darjah yang mencerminkan kerumitan dunia sebenar,” katanya lagi.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |