Berita Semasa

Ratu Cantik Malaysia layak ke peringkat grand final World Championship Performing Arts di AS

KUALA LUMPUR – Seorang model Malaysia berjaya melangkah ke peringkat ‘grand final’ pertandingan World Championship Performing Arts (WCOPA) yang sedang berlangsung di California, Amerika Syarikat.

Berita gembira itu dikongsikan oleh Datuk Dania Irfan yang berjaya mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa itu.

Dania berkata, dalam acara berprestij itu beliau menyertai pertandingan dalam kategori peragaan.

“Saya sangat teruja dapat menyertai pertandingan ini dalam kategori peragaan dan berjaya masuk sebanyak enam kategori berbeza dalam WCOPA kali ini.

“Daripada enam kategori itu, dua daripada persembahan saya berjaya terpilih untuk masuk ke peringkat grand final,” katanya kepada Malaysia Tribune.

Dania yang pernah dinobatkan sebagai Ratu Cantik Mrs Fabulous Malaysia 2019 berkata, sepanjang pertandingan itu beliau teruja dapat bertanding bersama peserta-peserta hebat dari Amerika Syarikat, Afrika Selatan, Romania, Perancis, Belgium, Trinidad and Tobago, Filipina dan Guatemala.

“Ini merupakan satu pengalaman yang sangat hebat dan mengujakan apabila dapat mempersembahkan skil dan membawa nama Malaysia di pentas antarabangsa.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terutamanya rakan-rakan yang bersama di AS dan di Malaysia yang sentiasa memberikan sokongan sepanjang menyertai pertandingan ini.

“Saya berjanji untuk memberikan persembahan terbaik dalam peringkat grand final untuk mengharumkan nama negara di persada dunia,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button