Bisnes & Ekonomi

Pengarah Urusan Kumpulan WTCKL diiktiraf felo APIEM

CYBERJAYA – Pengarah Urusan Kumpulan World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), Datuk Seri Irmohizam Ibrahim hari ini berkongsikan kegembiraannya kerana berjaya diiktiraf sebagai felo Profesional Asia Pacific Institute for Events Management (APIEM).

Kegembiraan itu dikongsikan Irmohizam di laman media sosial miliknya, hari ini.

“Hari yang cukup bermakna kepada saya sebagai rakyat Malaysia yang pertama, apabila Presiden APIEM, Profesor David Hind, hadir sendiri bagi menyampaikan sijil pengiktirafan daripada APIEM.

“Ini merupakan satu penghormatan kerana diterima sebagai felo, iaitu pengiktirafan tertinggi dalam organisasi ini dan saya berbangga menjadi sebahagian daripada rakan APIEM,” kata Irmohizam yang juga merupakan Pengerusi Konvensyen dan Pameran Majlis Penasihat Anggota World Trade Centre Associations.

Beliau seterusnya berkata, adalah menjadi matlamat beliau untuk menjadikan Malaysia sebagai hab Indusrti Acara Perniagaan (BE) yang diiktiraf oleh seluruh dunia.

Related Articles

APIEM merupakan sebuah institut profesional di rantau Asia Pasifik yang menyumbang kepada pendidikan acara.

Institut yang ditubuhkan pada 2016 itu bertujuan menyediakan bakat-bakat muda untuk industri acara dan industri mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran (MICE) di rantau Asia Pasifik.

Selain itu, APIEM turut memberi pengiktirafan kepada universiti, politeknik, kolej dan penyedia latihan di rantau Asia Pasifik yang telah diaudit untuk menunjukkan bahawa institusi ini menyediakan kurikulum MICE bertaraf antarabangsa.

Show More

Related Articles

Back to top button