Lima terbunuh, 91 cedera dalam serangan tentera Israel di Tebing Barat
JENIN – Sekurang-kurang lima terbunuh manakala 91 lagi warga palestin cedera dalam serbuan yang dilakukan oleh Tentera Israel di Tebing Barat di sini, semalam.
Menurut pihak berkuasa Palestin, tentera Israel bertindak agresif selepas sebuah kenderaan berperisai mereka musnah akibat terkena Alat Letupan Termampat (IED).
Untuk rekod, kali terakhir IED digunakan oleh kumpulan jihad Palestin adalah pada Intifada kedua.
Difahamkan, sebanyak tujuh buah kenderaan berperisai milik tentera Israel rosak akibat terkena alat letupan tersebut.
Serangan tersebut dilihat merupakan kekalahan yang memalukan buat tentera Israel kerana terpaksa menghantar bantuan serangan udara buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun.
Dalam pada itu, tentera Israel pula memaklumkan hanya tujuh anggota mereka yang cedera dalam serangan tersebut, namun angka berkenaan boleh dipertikai susulan serangan balas yang dahsyat diterima dari kumpulan jihad Palestin.
“Keadaaan mereka dalam bahaya tetapi stabil,” kata tentera mereka menerusi radio tentera tanpa menamakan anggota tersebut.