Sukan

Sukan SEA: Malaysia gagal capai sasaran, KBS perlu lakukan rombakan besar-besaran?

PHNOM PENH – Dengan berakhirnya kempen kontinjen Malaysia di Sukan SEA, timbul persoalan adakah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) perlu melakukan rombakan besar-besaran selepas gagal mencapai sasaran 40 emas pada edisi 2023 di Kemboja.

Malaysia yang menghantar 676 atlet menamatkan saingan di tempat ketujuh dibelakang Singapura, Filipina dan tuan rumah Kemboja yang mana kedudukan tersebut lebih teruk berbanding edisi Hanoi di Vietnam tahun lalu.

Apa yang mengecewakan, tiga sukan yang sebelum ini didominasi skuad negara iaitu bola sepak, badminton dan hoki dimalukan pada temasya Sukan SEA kali ini.

Lebih mengejutkan lagi, skuad bola sepak bawah 22 (B-22) negara gagal melepasi peringkat kumpulan sekaligus, gagal mencapai sasaran untuk sekurang-kurangnya ke final.

Selain itu, kekalahan pasukan badminton wanita negara di tangan pasukan bukan pilihan iaitu Filipina dperingkat suku akhir juga sukar diterima peminat badminton Malaysia.

Skuad hoki lelaki dan wanita yang sebelum ini digeruni selepas memenangi dua pingat emas dalam dua edisi sebelum ini juga tumpas di peringkat final kepada Indonesia yang dilihat baru berjinak-jinak dalam sukan tersebut.

Pada hari terakhir semalam, Malaysia menambah empat lagi emas menerusi Sam Jee Lek (sukan tari), pasukan hoki padang lelaki dan wanita serta Ahmad Nor Iman Hakim Rakib (kickboxing).

Untuk rekod, Vietnam muncul juara keseluruhan dengan 136 pingat emas, diikuti Thailand (108), Indonesia (85) Kemboja (81) Filipina (58) dan Singapura (51). 

Acara penutup dijadualkan akan berlangsung pada malam ini.

Show More

Related Articles

Back to top button