Berita SemasaBisnes & Ekonomi

Anak Najib Razak, Nooryana Najwa dilantik Ahli Lembaga Pengarah MATRADE

KUALA LUMPUR – Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak iaitu Datin Nooryana Najwa dilantik sebagai Ahli Lembaga Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) yang baharu.

Pengerusi MATRADE, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, selain Nooryana, dua Ahli Lembaga Pengarah baharu iaitu Datuk Hairil Yahri Yaacob dan Mastura Abdul Karim turut dilantik.

“Saya mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengarah MATRADE 2024 bagi menilai hala tuju semasa dan rancangan yang akan dilaksanakan MATRADE tahun ini.

“Sebelum mesyuarat bermula, saya menyampaikan surat pelantikan kepada Ahli Lembaga Pengarah MATRADE yang baharu iaitu Nooryana Najwa dan menyaksikan ikrar antirasuah beliau bersama Hairil Yahri dan Mastura.

“Tahniah kepada Datin Nooryana Najwa atas pelantikan beliau sebagai Ahli Lembaga Pengarah MATRADE,” katanya.

Reezal berkata demikian dalam satu hantaran di Facebook milik beliau semalam selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengarah MATRADE 2024.

Show More

Related Articles

Back to top button