Berita SemasaSukan

Klopp dilantik ketua bola sepak global Red Bull

BERLIN – Bekas jurulatih Liverpool, Juergen Klopp hari ini diumumkan sebagai ketua bola sepak global untuk Red Bull.

Lapor Reuters, Klopp,57, yang meninggalkan tugas sebagai jurulatih Liverpool pada penghujung musim lalu setelah sembilan tahun memimpin kelab tersebut, akan memulakan tugasnya barunya pada 1 Januari 2025.

“Peranan mungkin berubah tetapi minat saya terhadap bola sepak dan orang-orang yang menjadikan permainan ini seperti sedia ada tidak pernah berubah,” kata Klopp yang juga pernah melatih Mainz 05 dan Borussia Dortmund, dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Red Bull, yang memiliki beberapa kelab termasuk RB Leipzig dan New York Red Bulls, Klopp bagaimanapun tidak terlibat dalam operasi harian kelab-kelab milik Red Bull di Jerman, Amerika Syarikat, Brazil dan Austria.

“Beliau akan menyediakan visi strategik, menyokong pengarah sukan individu dalam memajukan falsafah Red Bull.

“Klopp juga akan menyokong operasi pencarian bakat global organisasi itu, serta menyumbang kepada latihan dan pembangunan jurulatih,” kata Red Bull lagi.

Sementara itu, media Jerman melaporkan, kontrak Klopp bersama Red Bull itu turut menyertakan klausa keluar sekiranya beliau ditawarkan jawatan ketua jurulatih pasukan kebangsaan Jerman.

Show More

Related Articles

Back to top button