Sukan

Paralimpik Paris: Bonnie Bunyau lakukan angkatan emas, pecah rekod dunia

PARIS – Jaguh angkat berat negara, Bonnie Bunyau Gustin menghadiahkan pingat emas kedua dan memecahkan rekod dunia acara powerlifting kategori 72 kilogram (kg) di Sukan Paralimpik Paris 2024 hari ini di venue Porte de La Chapelle Arena.

Badang negara itu membuktikan beliau sukar digugat dengan melakukan angkat seberat 232kg sekali gus melebur rekod lama miliknya 231 kg yang dilakukan pada Kejohanan Powerlifting Para Dunia 2023 di Dubai.

Jumlah angkatanya itu merupakan rekod baharu temasya Sukan Paralimpik mengatasi rekod lama juga milik Bonnie iaitu 228kg pada edisi 2020 di Tokyo, Jepun.

Jaguh dunia kelahiran Serian, Sarawak itu memulakan aksi dengan bergaya apabila mengangkat bebanan 221 kg pada percubaan pertamanya, memberi gambaran awal pingat emas sudah pasti dalam genggaman.

Atlet berusia 25 tahun itu terus unggul apabila menyempurnakan percubaan kedua 226 kg sebelum mengesahkan angkatan 232 kg untuk membawa pulang emas kedua kontinjen Malaysia di Paralimpik Paris 2024.

Show More

Related Articles

Back to top button