Jenayah & Mahkamah

Suri rumah dilapor hilang ditemukan maut dengan kesan jerutan

KUANTAN – Seorang suri rumah berusia 28 tahun yang dilaporkan hilang ditemukan mati dengan kesan jerutan pada leher di bilik tidur di kediamannya di Indera Mahkota di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa yang mempunyai anak lelaki berusia tiga tahun itu ditemukan tidak sedarkan diri oleh suaminya di rumah itu, pada 7.30 malam.

Katanya, bapa mangsa yang berusia 62 tahun membuat laporan mengenai kehilangan kerana bimbang keselamatan anak perempuannya itu, pada 3.25 petang hari kejadian.

“Bapa mangsa memaklumkan kali terakhir dapat menghubungi mangsa melalui pesanan WhatsApp pada 8.30 pagi semalam, pada hari kejadian.

“Bagaimanapun, kira-kira 7.30 malam, bapa mangsa dihubungi menantu memaklumkan mangsa tidak sedarkan diri dalam bilik tidur di rumah itu dengan kesan jerutan pada leher,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Wan Mohd Zahari berkata, siasatan mendapati mangsa berkahwin dengan suaminya warga China yang bekerja sebagai penyelia kilang.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Berikutan itu, beliau mengesahkan empat ahli keluarga mangsa yang berusia antara 27 hingga 62 tahun ditahan untuk membantu siasatan.

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button