Luar Negara

12 terkorban dalam serangan roket di sempadan Lubnan-Israel

KAHERAH – Sebanyak 12 orang termasuk kanak-kanak terkorban akibat serangan roket menyasarkan padang bola sepak di perkampungan Druze di Bukit Golan yang diduduki Israel.

Penyelaras khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Lubnan dan ketua pasukan pengaman PBB di Lubnan menggesa semua pihak bertenang bagi mengelakkan ketegangan di sempadan Lubnan-Israel meningkat.

Israel menuduh kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah, melakukan serangan itu dan berikrar membalas dendam, tetapi Hizbullah menafikan bertanggungjawab terhadap serangan paling berdarah di Israel, sejak bermulanya konflik di Gaza.

“Hizbullah akan membayar harga yang tinggi bagi tindakan ini,” kata Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dalam panggilan telefon dengan ketua komuniti Druze di Israel, menurut satu kenyataan .

Semenetara itu, dalam satu kenyataan bertulis, Hizbullah pula berkata, kumpulan Islam itu sama sekali tidak ada kaitan dengan tragedi itu dan sama sekali menafikan semua dakwaan palsu dalam hal ini.

Show More

Related Articles

Back to top button