Bisnes & Ekonomi

The Pearl KL tawar bufet mewah pada harga berpatutan di King of Grill BBQ Buffet Dinner

KUALA LUMPUR – Tampil dengan tema ‘King of Grill BBQ Buffet Dinner’, The Pearl Kuala Lumpur menawarkan lebih 80 jenis hidangan di bufet bagi mereka yang ingin makan dengan suasana mewah di ruangan serba moden dan eksklusif.

Antara makanan yang dimasak secara gril termasuklah, Mongolian Lamb Shoulder, Paprika with herb Mini Beef Steak, Ginger Chilli Butter Fish wrapped in banana leaf, Korean-style boneless chicken, Kam Heong Squid, Smoked BBQ Tiger Prawns, Cajun Green Mussels serta Chicken Beef sausages yang digril dengan sempurna.

Selain itu, The Pearl juga turut menyajikan sajian Jepun yang lazat seperti Live cooking Chicken & Beef Teppayanki, Salmon Sashimi, Miso Sup, Chawanmushi, Japanese Gyoza.

Turut tersedia, aneka pembuka selera, aneka salad, oyster segar, pizza, pencuci mulut dan pelbagai menu menarik yang lain.

Lebih menarik, The Pearl juga turut menawarkan hidangan bufet beli satu percuma satu bagi mereka yang menyambut hari lahir sepanjang tahun ini.

King of Grill BBQ Buffet Dinner ditawarkan
pada harga serendah RM118 bagi dewasa serta RM68 bagi kanak-kanak dan ianya terhad pada hari Jumaat dan Sabtu (6.00 petang sehingga 10.00 malam).

Show More

Related Articles

Back to top button