Berita Semasa

Malaysia tidak perlukan tenaga nuklear, masih ada sumber lain untuk jana tenaga

PUTRAJAYA – Malaysia tidak mempunyai keperluan untuk beralih kepada teknologi nuklear bagi penjanaan tenaga masa hadapan kerana masih mempunyai beberapa sumber alternatif yang boleh dimanfaatkan.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, antara sumber alternatif yang boleh digunakan termasuk biomass dan hidrogen.

“Kita ada banyak ruang dalam tenaga alternatif lain yang kurang kontroversi berbanding nuklear.

“… tumpuan kita adalah kepada beberpaa tenaga alternatif baru ini, yang sesuai dengan kelebihan ekonomi, geografi dan kepakaran yang kita sediakan,” kata Rafizi dalam satu sidang akhbar, di sini hari ini.

Tenaga biomass merujuk kepada sisa buangan industri perladangan dan penternakan, manakala hidrogen pula menerusi penguraian air.

“Sebagai contoh, kita ada sisa dari aktiviti perladangan. (Namun) Semua ini tidak digunakan… sedangkan ada potensi yang besar untuk gunakan pelepah dan hampas kelapa sawit, untuk digunakan sebagai biomass,” kata Rafizi lagi.

Kata Rafizi lagi, penjanaan tenaga alternatif sedemikian turut boleh menjana pendapatan negara kerana permintaan yang tinggi di luar negara.

“Mengambil contoh pengalaman kita dalam industri gas dan minyak, kepakaran itu kita boleh alihkan untuk percepatkan kemahiran kita menjadi penghasil tenaga hidrogen dan ammonia,” kata Rafizi lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button