Bisnes & Ekonomi

Merchantrade lancar kad prabayar perniagaan Visa pertama di Malaysia

KUALA LUMPUR – Peneraju inovasi dalam perkhidmatan kewangan digital, Merchantrade Asia Sdn Bhd (Merchantrade) secara rasminya telah melancarkan kad korporat, Merchantrade Money Biz, yang kini menjadi kad prabayar perniagaan Visa pertama di Malaysia.

Menurut Pengasas dan Pengarah Urusan Merchantrade, Ramasamy K Veeran, produk inovatif ini direka bagi memudahkan pengurusan perbelanjaan pelbagai syarikat dan industri, dari korporat hingga ke perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Jelas beliau, Merchantrade Money Biz menggabungkan tiga kaedah inovatif iaitu kad prabayar perniagaan Visa dengan had RM50,000 dan pengeluaran kad tanpa had bagi setiap syarikat

Menurut Ramasamy lagi, kad berkenaan dihubungkan dengan e-Dompet pelbagai mata wang, dan portal pengurusan perbelanjaan dengan fungsi yang direka untuk perniagaan moden.

“Merchantrade Money Biz bersedia menandingi kad kredit korporat tradisional yang dikeluarkan oleh bank.

“Kad kredit korporat biasanya hanya untuk eksekutif atasan, kini dengan Merchantrade Money Biz, ia memberi kelebihan kepada pekerja di semua peringkat dengan kad prabayar korporat sambil menyediakan kemudahan untuk majikan mengawal dan mengurus kewangan dengan tepat dan betul.

“Kami mempercayai bahawa kad prabayar korporat ini adalah satu inovasi yang telah mengubah cara syarikat dalam mengurus perbelanjaan mereka dan menjadi satu alternatif yang terbaik bagi mereka yang tidak dapat memperoleh kad kredit korporat dengan bebas risiko pembelanjaan berlebihan dan bebas faedah,” katanya dalam satu kenyataan.

Pengasas dan Pengarah Urusan Merchantrade, Ramasamy K Veeran memperagakan kad korporat Merchantrade Money Biz.

Mengulas lanjut, Ramasamy berkata,
dikuasakan oleh Visa, kad prabayar perniagaan ini bolen digunakan oleh pekerja untuk membuat pembayaran di seluruh dunia, sama ada dalam talian atau runcit untuk perbelanjaan syarikat.

Katanya, kad tersebut juga dipadankan dengan e-Dompet pelbagai mata wang yang membolehkan pengguna menukar mata wang sehingga 20 mata wang asing dengan kadar tetap untuk pembayaran antarabangsa.

“Portal pengurusan perbelanjaan pula bukan sahaja secara automatik dan mendigitalkan proses perniagaan, tetapi juga memberikan 100 peratus ketelusan pada semua transaksi dan termasuk kawalan yang mantap,” ujar Ramasamy lagi.

Sementara itu, Ketua Penyelesaian Komersial dan Pergerakan Wang Visa untuk rantau Asia Tenggara, Roy Choudhury berkata, pihaknya berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Merchantrade Asia untuk memperkenalkan kad prabayar pertama untuk syarikat-syarikat korporat dan PKS di Malaysia.

“Ini adalah penyelesalan yang relevan dan tepat pada masanya, kerana kita telah melihat pertumbuhan sebanyak dua-angka dalam perbelanjaan kad komersial di Malaysia berbanding tahun lepas.

“Ini juga menunjukkan peningkatan permintaan oleh syarikat-syarikat di negara ini untuk menggunakan kaedah pembayaran digital dan inovatif. Di Visa, kami komited untuk memperkasakan perniagaan melalui rangkaian global kami dan kepakaran kami untuk penyelesaian pembayaran.

“Kerjasama kami dengan Merchantrade melambangkan visi kami untuk meningkatkan keterangkuman kewangan dalam ruang pembayaran B2B dan menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan untuk Malaysia,” ujarnya.

Sebagai rekod, lebih daripada 80 syarikat telah mendaftar semasa fasa percubaan, menunjukkan permintaan yang tinggi dan penerimaan positif terhadap produk baru ini.

Show More

Related Articles

Back to top button