Luar Negara

Penyelidik kesan isyarat baharu MH370 di Australia Barat

LONDON – Penyelidik Britain mengesan isyarat yang mungkin membawa kepada penemuan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 10 tahun lalu.

The Telegraph melaporkan bahawa isyarat itu dikesan di Cape Leeuwin di Australia Barat, satu daripada dua stesen hidrofon yang berada dalam puluhan minit bagi tempoh penerimaan isyarat masa perjalanan dari hubungan terakhir dengan radar pesawat.

Penyelidik dari Wales dilaporkan mengambil isyarat enam saat menggunakan mikrofon bawah air atau hidrofon yang berpotensi membawa ke lokasi terakhir pesawat.

Hidrofon ini yang pada asalnya direka untuk mengesan ujian nuklear dilarang, mengambil isyarat sekitar masa pesawat itu dipercayai terhempas.

Berdasarkan kajian penyelidik, pesawat Boeing 777 seperti MH370 akan menjana tenaga kinetik setara dengan gempa bumi kecil jika ia terhempas pada kelajuan 200 meter sesaat.

Kesan sedemikian akan cukup besar untuk dirakam oleh hidrofon beribu-ribu batu jauhnya.

Pesawat MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dilaporkan hilang ketika dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing, China.

Penerbangan pesawat B777-200 itu berlepas dari KLIA pada jam 12.41 tengah malam dan dijadualkan tiba di Beijing pada jam 6.30 pagi waktu tempatan, hari yang sama.

 

Show More

Related Articles

Back to top button