Sukan

Faisal Halim reda, harap dapat turun ke padang dalam tempoh kurang 2 bulan

SHAH ALAM – Meskipun masih belum pulih sepenuhnya, pemain bola sepak kebangsaan dan Selangor FC, Faisal Halim berharap dapat pulih dan dapat turun ke padang dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Faisal berkata demikian ketika membuat kemunculan yang pertama di hadapan media dan orang ramai selepas kes serangan asid pada 5 Mei lalu.

“Pada awalnya doktor bagi tahu saya akan berehat tapi tak tahu boleh pulih dalam masa tiga hingga enam bulan, bila seorang pemain bola sepak dengar memang agak sukar terima sebab sepanjang karier saya tak pernah berehat lebih satu bulan, dua tahun kebelakangan ini juga saya memang kurang berehat.

“Bila ada panggilan saya pergi kelab atau pasukan kebangsaan apa-apa berkenaan bola sepak saya tak pernah ambil cuti walau deman dan pening saya memang akan ada atas padang. Dalam tempoh masa satu bulan lebih saya nak kembali ke atas padang walaupun doktor sahkan paling kurang tiga bulan dan paling lama enam bulan.

“Sejak serangan itu, sekarang telah lebih sebulan dan beberapa hari, progress saya juga agak cepat dan saya pun tak tahu kenapa. Saya rasa sebab orang ramai dan umat Islam membuat solat hajat dan doa untuk memberikan kesembuhan,” katanya.

Dalam pada itu, Faisal juga tidak dapat menyembunyikan kesedihannya susulan insiden serangan itu dan mahu melupakan kejadian itu.

“Selepas kejadian kehidupan saya berbeza tak boleh makan, ke tandas tak boleh sendiri perlukan bantaun daripada keluarga terutama isteri yang ada sejak dari hari pertama hingga hari ini menjaga saya, begitu juga keluarga saya bergilir-gilir datang pantau. Semangat keluarga saya bawa untuk kekal bersemangat.

“Pada skuad kebangsaan saya sebagai pemain yang bermain dua perlawanan awal dengan meberi kemenangan untuk pasukan sudah tentu saya sedih, kita masih ada kejohanan lain. Kepada jurulatih Kim Pan Gon yang bersimpati dan melawat saya dengan memberi semangat untuk saya kembali dan dia harap tidak kehilangan Faisal Halim,” katanya dengan nada sedih.

Ditanya sumber kekuatannya, Faisal berkata, selain keluarganya, anaknya juga menjadi sumber inspirasi untuknya terus kuat melawan kesakitan dan kembali pulih.

“Saya paling rapat dengan anak, setiap kali ke luar negara anak saya akan demam rindu ayah.
Lepas kejadian ini selama satu bulan saya tak dapat peluk anak saya dan ia bukan perkara mudah buat seorang ayah untuk biar anak dia bersendirian.

“Apabila saya pulang ke rumah saya masih tak dapat peluk dan sayang anak saya sehinggalah baru-baru ini dalam empat lima hari kebelakang baru saya dapat sayang dan peluk anak saya tapi saya belum dapat tidur bersama anak saya lagi.

“Anak saya adalah kekuatan, dan saya berharap apa yang jadi saya terima dengan redha dengan hati terbuka dan berharap saya dapat kembali memberikan satu hadiah untuk anak saya,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button