Jenayah & Mahkamah

Lelaki disyaki tikam isteri direman tujuh hari

IPOH – Seorang lelaki dikenakan perintah tahanan reman selama tujuh hari kerana disyaki menikam mati isterinya dalam kejadian di Laluan Simee 11, Kampung Simee, dekat sini semalam.

Perintah reman terhadap suspek berusia 56 tahun itu dikeluarkan Majistret Farah Nabihah Muhamad Dan di Mahkamah Majistret Ipoh, hari ini.

Tahanan reman itu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan ke atas suspek di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Suspek yang tiba di mahkamah pada pukul 11.10 pagi kelihatan tenang dengan berpakaian kemeja-T putih dan berseluar trek kelabu.

Dalam kejadian sekitar pukul 8.30 pagi semalam, suspek dipercayai menikam isterinya yang berusia 48 tahun beberapa kali akibat pertengkaran.

Mangsa ditemukan terbaring di kawasan garaj rumahnya dengan tiga kesan tikaman di dada dan kecederaan di bahagian kepala.

Suspek kemudiannya ditahan di lokasi kejadian selepas polis menerima maklumat orang awam.

Polis turut merampas sebatang besi yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian itu yang turut disaksikan anak perempuan pasangan terbabit yang berusia 12 tahun.

Show More

Related Articles

Back to top button