Sukan

Piala FA: Sepak mula antara KDA FC, Bukit Tambun diubah ke malam

KUALA LUMPUR – Perlawanan Piala FA membabitkan Kedah Darul Aman FC melawan Bukit Tambun FC pada 14 Jun ini diubah kepada pukul 9 malam.

Keputusan itu diumumkan oleh Malaysian Football League (MFL) dalam satu hantaran dalam media sosial.

“Dimaklumkan bahawa MFL telah mengemaskini perlawanan Piala FA 2024-2025

“Waktu sepak mula perlawanan Kedah Darul Aman FC melawan Bukit Tambun FC pada 14 Jun 2024 (Jumaat) dikemaskini dari pukul 6:30 petang ke pukul 9 malam.

“Walaupun waktu sepak mula sebelum ini telah dipersetujui oleh kedua-dua kelab berkenaan, kemaskini ini adalah merujuk kepada sensitiviti waktu solat maghrib di Kedah,” katanya.

Sebelum ini peminat bola sepak mempersoalkan waktu sepak mula perlawanan itu yang tidak sensitif waktu solat maghrib.

 

Show More

Related Articles

Back to top button