Berita Semasa

Kes pengiring keselamatan VVIP cederakan pemandu OKU diselesaikan cara baik

KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur mengesahkan kes seorang pengiring kenamaan (VVIP) yang dilaporkan mencederakan seorang orang kurang upaya (OKU) sudah diselesaikan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pihaknya menerima satu laporan polis daripada pengadu pada jam 1 tengah hari semalam.

“Pengadu dikatakan telah diserang oleh seorang individu yang merupakan pengiring kepada rombongan kenamaan.

“Kejadian tersebut adalah disebabkan salah faham arahan pergerakan mengalihkan kenderaan,” katanya dalam kenyataan pada hari ini.

Rusdi berkata, pengadu kemudian telah membuat laporan polis kedua pada jam 9.59 malam, hari sama, dia menyatakan telah menyelesaikan perkara yang berlaku secara baik serta tidak mahu memanjangkan kes.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara ini.

“Sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button