Malaysia jumpa Thailand di pentas akhir Piala Dunia Sepak Takraw esok
KUALA LUMPUR – Pasukan regu berpasukan negara mudah menewaskan Indonesia untuk mara ke perlawanan akhir Piala Dunia Sepak Takraw.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Titiwangsa sebentar tadi Malaysia menewaskan Indonesia dengan keputusan 2-0.
Pasukan negara yang menurunkan Haziq selaku tekong, Amirul (apit kiri) dan Noraizat (apit kanan) mudah menewaskan regu utama Inonesia dengan keputusan straight set 15-12, 15-9.
Regu emas yang diketuai oleh Syahir Rosdi selaku tekong, Farhan Adam (apit kiri) dan Azlan Alias (apit kanan) sebagai regu kedua negara mudah menewaskan regu Indonesia dengan keputusan straight set.
Dengan ini Malaysia bakal bertemu Thailand pada aksi akhir esok malam.
Malaysia yang masih segar dengan kemenangan berganda dalam acara regu dan double baru-baru ini sedang berusaha untuk memburu kemenangan hatrik Piala Dunia dalam acara berpasukan.
Kali terakhir Malaysia menewaskan Thailand dalam kategori berpasukan ialah pada 1991 di kejohanan Sukan SEA.