Lelaki warga emas dipenjara sebulan, denda RM3,000 kerana pamer gambar Agong ketika kempen PRK
KUALA KUBU BAHARU – Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara sebulan serta denda RM3,000 ke atas seorang lelaki warga emas kerana mempamerkan gambar Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada sebuah kenderaan semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) kelmarin.
Majistret Siti Fatimah Talib menjatuhkan hukuman denda itu selepas menerima pengakuan bersalah tertuduh, P Ramasamy, 66, serta meneliti fakta kes, rayuan dan hujah pendakwaan.
Menurut Siti Fatimah, sekiranya tertuduh gagal membayar denda, hukuman penjara 10 bulan dikenakan terhadap warga emas itu.
Semalam, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superitendan Ahmad Faizal Tahrim memaklumkan polis menahan dua lelaki berusia lingkungan 60-an dan merampas sebuah pikap kerana mempamerkan gambar Yang di-Pertuan Agong pada kempen PRK DUN Kuala Kubu Bharu, kelmarin.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4A (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana mengembangkan niat jahat.