Berita SemasaSukan

Hannah Yeoh kecam serangan terhadap Faisal Halim

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengecam insiden serangan asid ke atas pemain Selangor FC, Faisal Halim dan menggesa siasatan segera dilakukan.

Hannah yang juga Ahli Parlimen Segambut itu menyifatkan serangan itu sebagai satu keganasan kepada atlet.

“Saya mengecam sekeras-kerasnya keganasan terhadap atlet. Tiada keganasan dalam sukan.

“Saya meminta PDRM untuk segera mengambil tindakan terhadap pelaku,” katanya menerusi ciapan di aplikasi X.

Faisal semalam melecur pada bahagian baru, lengan dan dada selepas disimbah cecair dipercayai asid di sebuah pusat membeli-belah.

Keganasan terhadap atlet bola sepak itu adalah kejadian kedua selpas pemain pinjaman JDT, Akhyar Rashid, menjadi mangsa samun dan dipukul di sebuah apartmen di Kuala Terengganu.

Show More

Related Articles

Back to top button