Berita Semasa

Seorang maut ketika tayar diisi angin meletup

SUNGAI BULOH – Seorang pekerja pusat servis tayar maut manakala rakan sekerjanya cedera parah selepas tayar kenderaan jenis jentolak yang diisi angin meletup di Bandar Baru Sungai Buloh, di sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd. Hafiz Muhammad Nor berkata, tragedi maut tersebut berlaku sekitar pukul 12.30 tengah hari ketika kedua-dua lelaki tempatan yang bekerja di pusat servis tayar sedang mengisi angin tayar tersebut.

“Tayar tiba-tiba meletup ketika diisi angin, menyebabkan satu maut di tempat kejadian dan seorang lagi cedera parah.

“Kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian selepas pihaknya membuat siasatan berdasarkan video tular kejadian tersebut di laman sosial.

Jelasnya, Hafiz berkata satu kertas siasatan telah dibuka dan kes tersebut masih lagi disiasat sebagai kematian mengejut (SDR).

Beliau juga menggesa orang ramai untuk tidak menyebarkan spekulasi berhubung tragedi itu.

Semalam, sebuah video berdurasi 12 saat tersebar yang memaparkan kedua-dua pekerja pusat servis tayar berlumuran darah kerana kejadian tayar meletup.

Show More

Related Articles

Back to top button