Bufet Ramadan: Citarasa Bonda jadi pilihan The Face
KUALA LUMPUR – Sambutan Ramadan tidak akan lengkap tanpa suasana berbuka puasa dengan aneka juadah.
Selain membeli makanan di bazar Ramadan dan memasak di rumah, berbuka puasa dengan hidangan bufet di hotel juga menjadi pilihan buat mereka yang inginkan kelainan.
Justeru, The Face di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur tampil dengan sajian bufet Ramadan bertemakan Citarasa Bonda yang pastinya menggamit memori air tangan bonda.
Antara hidangan istimewa pada tahun ini, siput sedut lemak cili padi berkeju yang semestinya bakal memberi kepuasan kepada pengunjung yang berbuka puasa di sini.
Selain itu, menu wajib dan menjadi kegemaran semua seperti sup gear box; kambing bakar; ayam bakar tebu; laksa Kuala Kangsar; ikan cencaru sambal taucu viral serta daging masak hitam turut disajikan.
Beberapa jenis pencuci mulut seperti kuih gulung dan kuih cara berlauk turut disediakan selain pelbagai jenis minuman seperti air jagung; lemon soda, air laici dan air bandung pastinya akan menghilangkan rasa dahaga selepas penat berpuasa.
Apa yang paling penting, surau juga disediakan bagi membolehkan pengunjung beribadat.
Hidangan berbuka puasa yang dinamakan sebagai Citarasa Bonda ini akan bermula dari 15 Mac sehingga 7 April ini.
Harga yang dikenakan untuk dewasa ialah RM188 bersih dan kanak-kanak (6 tahun ke 12 tahun dan warga emas berusia 65 tahun keatas) pula sebanyak RM95 bersih.