Penyelia prihatin hantar ‘sahur’ kepada pekerja setiap pagi
GEORGETOWN – Keprihatinan seorang penyelia kilang yang sanggup ke tempat kerja untuk menghantar hidangan sahur kepada pekerja seliaannya baru-baru ini wajar dijadikan contoh kepada semua.
Kisah yang dikongsikan oleh Nasi Kandar Sulaiman (NKS) di Pulau Pinang dalam satu hantaran di laman Facebook menceritakan kecekalan lelaki berkenaan yang sanggup datang ke restoran berkenaan untuk membeli nasi bungkus untuk kakitangan di tempat kerjanya.
“Beliau kerja pada waktu pejabat iaitu dalam pukul 9 pagi. Anak buah beliau pula kerja shift malam dan rehat pada pukul 4 pagi, rehat selama setengah jam sahaja.
“Maka sebelum itu, beliau perlu bawa bungkus bagi kepada anak buah. Anak buah beliau perlu bersyukur kerana dapat penyelia yang prihatin,” kata NKS.
Difahamkan juga, lelaki berkenaan tidak mengenakan sebarang caj penghantaran bagi ‘servisnya’ itu, sebaliknya hanya mengambil bayaran harga makanan.
Di dalam ruangan komen, lelaki yang dinamakan sebagai Syafiq itu dipuji kerana kesanggupannya menguruskan kebajikan kakitangan seperti menguruskan ahli keluarga sendiri.
“Kalau di pejabat kerajaan, anak buah yang kena jaga bos, bukan bos jaga anak buah,” kata IQa Mukhaizan.
“Murah rezeki Abang ni, tak semua bos macam ni,” kata Apam Balik Mini Madu’s Tiga.
Dalam ruangan komen hantaran tersebut, NKS turut berkongsi hadis Nabi Muhammad SAW, “Sesiapa yang memudahkan urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (Hadis riwayat Muslim