Berita Semasa

Armpunk Sindicate angkat isu kesedaran penyakit mental dalam konsert jelajah

KUALA LUMPUR – Mempromosi tentang kesedaran penyakit mental merupakan agenda utama kumpulan kugiran “Armpunk Sindicate” sempena promosi jelajah “Anarchy of the Phyche” yang akan diadakan di empat lokasi Ipoh, Johor Bahru, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur bermula 20 Januari ini.

Setelah berjaya menghasilkan single tentang kesihatan mental menerusi lagu ‘SeteruMu’ setahun yang lalu, kini kugiran bergenre punkrock ini meneruskan usaha mempromosikan agenda kesedaran penyakit mental dengan melancarkan promosi jelajah bermula hari ini.

Armpunk Sindicate dianggotai Zaid Nazrim Zainal Abidin atau Zed selaku vokalis, Muhamad Hameli Muhamad Yazid (Miely) sebagai gitaris, Akmal Hakim Syed Abdul Hamid (HK) sebagai pemain bass.

Jelajah kali ini akan memberi penerangan tentang pentingnya merawat kesihatan mental dengan adanya sesi ceramah dan penerangan. Turut sesi mendeklamasi puisi dan pameran lukisan pesakit pesakit mental yang sedang dalam pemulihan dan rawatan.

Akmal Hakim atau lebih mesra dengan panggilan HK merupakan seorang yang hampir pulih sepenuhnya daripada masalah mental yang dihidapinya sewaktu melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat beberapa tahun yang lalu.

“Walaupun Armpunk Sindicate membawa muzik yang bergenre punkrock, muzik kami sarat dengan mesej positif dan kesedaran pesakit mental harus diberikan akses rawatan dan pemulihan yang lebih baik.

“Ramai yang tidak mempunyai kesedaran bahawa penyakit mental boleh dirawati dan mempunyai pelbagai cara untuk mengatasinya” kata HK kepada Malaysia Tribune.

Pengerusi Yayasan Kartika Sri Tun Ghafar Baba. Toh Puan D Heryati Abdul Rahim dan wakil NGO Kesihatan Mental antara yang hadir dalam sidang media tersebut.

Jelajah ini akan bermula pada 20 Januari di Insider Settelite Ipoh, Johor Bahru 10 Februari, Pulau Pinang 17 Februari dan Kuala Lumpur pada 2 Mac.

Turut bersama dalam jelajah setiap lokasi adalah kugiran-kugiran tempatan kawasan tersebut.

Jelajah ini disokong oleh Radio Rakita dan turut membantu Bahagian Promosi Kesihatan Kementerian Kesihatan.

Dengan mengadakan jelajah ini Armpunk Sindicate berharap ramai lagi anak muda khususnya dan masyarakat mendapat kesedaran tentang masalah mental diberi perhatian dan rawatan yang sepatutnya dan tidak meminggirkan mereka yang bermasalah.

Kutipan tiket yang terjual akan didermakan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membantu dalam perawatan dan kaunseling terhadap pesakit mental.

Untuk maklumat lanjut boleh ke akaun twiter dan Instagram “Armpunk Sindicate”.

Show More

Related Articles

Back to top button