Politik

Meskipun di tangga kelapan, Mohamad Sabu kekal Presiden AMANAH

KLANG – Datuk Seri Mohamad Sabu kekal sebagai Presiden AMANAH bagi penggal baharul 2023-2026.

Dalam mesyuarat yang diputuskan oleh 27 AJK baharu yang dipilih sebentar tadi turut memilih Datuk Seri Dr Mujahid Yusof sebagai Timbalan Presiden AMANAH yang baharu.

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Dr Mariah Mahmud dan Adly Zahari pula dipilih sebagai Naib-naib Presiden AMANAH untuk sesi ini.

Menurut Perlembagaan AMANAH, ini merupakan penggal terakhir Mohamad kerana penjawat utama parti hanya boleh memegang jawatan untuk tiga penggal sahaja.

Datuk Seri Mohamad Sabu

AMANAH melaksanakan pemilihan secara syura iaitu memilih 27 pemimpin utama dengan tiga ketua sayap iaitu pemuda, wanita dan wanita muda.

30 mereka akan memilih siapa yang perlu dilantik sebagai presiden, timbalan presiden dan juga tiga naib-naib presiden.

Berdasarkan jumlah undi yang diperolehi oleh pemimpin AMANAH kali ini, kedudukan Mohamad Sabu ialah di tangga kelapan.

Walaupun tidak mendapat undi tertinggi, tetapi beliau tetap menjadi pilihan 30 pemimpin AMANAH yang dipilih oleh perwakilan itu.

 

Show More

Related Articles

Back to top button