Automatif & Teknologi

Range Rover Evoque model facelift bakal dilancar Januari ini

KUALA LUMPUR – Jaguar Land Rover Malaysia (JLRM) mengumumkan Range Rover Evoque model facelift akan dilancarkan pada Januari tahun hadapan.

Menurut Sime Darby Motors dalam satu kenyataan, model tersebut akan menampilkan unsur reka bentuk baharu dan teknologi canggih kenderaan yang pasti meningkatkan daya tarikan dan menjadikannya sebuah kenderaan lain daripada yang lain.

“Wajah baharu Range Rover Evoque memperlihatkan komitmen JLRM yang tidak berbelah bahagi terhadap penambahbaikan berterusan dan merupakan hasil inovasi berterusan. JLRM bakal membawakan sebuah kenderaan mewah pintar kepada pelanggan Malaysia, dengan mengekalkan Range Rover Evoque DNA yang asli tetapi kini ditingkatkan ke tahap yang lebih menarik.

“Sebagai pelopor yang menonjol, evolusi terbaharu yang diketengahkan melambangkan penyesuaian optimum, perincian rapi, keanggunan reka bentuk dan kemodenan tidak ditelan dek zaman milik Range Rover.

“Para peminat kenderaan ini boleh melihat warna dan juga kemasan luar dan dalam yang baharu, memastikan kenderaan idaman ini kekal sebagai lambang kemewahan kompak,” katanya.

Menurutnya, selain dipacu oleh teknologi enjin petrol Ingenium, model baharu Range Rover itu bakal meningkatkan kecekapan bahan api, kelancaran dan masa tindak balas.

Katanya lagi, dengan lebih penekanan kepada aspek keselamatan, lampu depan piksel LED baharu
dengan grafik depan dan belakang menonjol yang tersendiri, ditambah pula dengan lampu belakang merah menyala, bukan sahaja meningkatkan tahap keterlihatan, tetapi juga mengurangkan silau bagi pengguna jalan raya yang lain.

“Range Rover Evoque facelift baharu menyediakan keselesaan dan keanggunan yang dijanjikan Range Rover, dengan persekitaran dalam serba tenang yang membawakan kesejahteraan dalam setiap perjalanan. Evoque mengalu-alukan kehadiran penumpangnya, dengan kabin serba ringkas dan kemasan bahan dan gandingan warna yang dipilih khas.

“Pelanggan juga boleh menikmati sistem infotainmen Pivi Pro terkini, dengan skrin sentuh kaca melengkung 11.4 inci terapung yang baharu, memberikan tahap kawalan lebih tinggi. Semua fungsi kenderaan kini boleh dicapai menerusi paparan baharu yang serba anggun.

“Kawalan bagi iklim dan kekuatan audio sentiasa terpampang pada kedua-dua palang sisi skrin baharu, dengan kawalan gelongsor berbilang fungsi. Konsol tengah baharu memberikan ruang simpanan secukupnya dengan Pengecas Peranti Tanpa Wayar disediakan di bawah skrin sentuh,” katanya.

JLRM akan menganjurkan jerayawara di Bangsar Shopping Centre dari 3 hingga 7 Januari, 2024, untuk membolehkan pelanggan melihat sendiri kehebatan model-model terkininya.

Sebagai sebahagian daripada acara, pelanggan boleh menyaksikan prawara-wara eksklusif Range Rover Evoque berwajah baharu yang amat dinanti-natikan. Layari https://www.landrover.com.my untuk maklumat lanjut mengenai Range Rover Evoque berwajah baharu atau hubungi wakil penjual JLRM di Ara Damansara (Lembah Klang) di 03-9212 3101 atau Pulau Pinang di 04-226 2279.

Show More

Related Articles

Back to top button