Jenayah & Mahkamah

Bapa pelajar maut dilanggar pitam ketika dikunjungi Ketua Polis Perak

IPOH – Bapa pelajar tingkatan 5 yang maut dalam kemalangan berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati semalam, Muhd Zamrie Zainal Abidin, 55, hampir pengsan ketika menerima kunjungan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri di kediamannya hari ini.

Muhd Zamrie yang terkejut dengan kunjungan pasukan polis diketuai Mohd Yusri dan timbalannya, Datuk Azizi Mat Aris dan Ketua Polis Ipoh, Asisten Komisoner Yahaya Hassan dilihat hilang kawalan diri sebelum tumbang dan disambut oleh orang ramai.

Kejadian berlaku sebaik sahaja Muhd Zamrie memeluk Mohd Yusri di pekarangan rumahnya di Taman Chepor Sentosa di sini.

Dalam video tular itu, Muhd Zamrie sempat berterima kasih kepada Mohd Yusri atas kesudiaan dan keprihatinannya melawat keluarganya.

Dalam kejadian 12.30 tengah semalam, Muhammad Zaharif Affendi, 17, maut di tempat kejadian selepas motosikal yang ditunggangnya dilanggar oleh sebuah Perodua Ativa dipercayai dipandu seorang pegawai kanan polis.

Dalam perkembangan yang sama, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberi jaminan siasatan kes itu akan dilakukan secara telus dan pihak polis tidak akan sesekali melindungi pesalah.

Hari ini juga, seorang pegawai polis ditahan reman tiga hari bagi membantu siasatan kes.

Show More

Related Articles

Back to top button