Berita Semasa

Pakar bedah Amerika Syarikat catat sejarah, berjaya lakukan pemindahan mata kepada manusia

NEW YORK – Sepasukan pakar bedah di New York, Amerika Syarikat mencatat sejarah apabila berjaya melakukan pemindahan seluruh mata pada manusia, yang pertama seumpamanya di dunia.

Memetik laporan Reuters, doktor yang mengetuai pasukan itu, Dr. Eduardo Rodriguez dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, pemindahan tersebut merupakan satu pencapaian yang membanggakan.

Katanya, dalam tempoh enam bulan sejak pembedahan dilakukan, sewaktu pemindahan separa muka, mata yang dicantumkan telah menunjukkan tanda-tanda yang positif, termasuk saluran darah dan retina yang berfungsi dengan baik.

“Kami memindahkan mata adalah satu langkah besar ke hadapan, sesuatu yang telah difikirkan selama berabad-abad, tetapi ia tidak pernah dilakukan,” kata pasukan pembedahan di NYU Langone Health.

Sehingga kini, doktor hanya mampu melakukan pemindahan kornea iaitu lapisan depan mata yang jelas.

Penerima mata, Aaron James, seorang veteran tentera berusia 46 tahun dari Arkansas merupakan mangsa kemalangan elektrik voltan tinggi yang memusnahkan bahagian kiri mukanya, hidung, mulut dan mata kirinya.

Untuk rekod, pembedahan pemindahan mengambil masa 21 jam dan pada mulanya, doktor hanya merancang untuk memasukkan bola mata sebagai sebahagian daripada pemindahan muka atas sebab kosmetik.

“Sekiranya beberapa bentuk pemulihan penglihatan berlaku, ia akan menjadi indah, tetapi… matlamatnya adalah untuk kami melakukan operasi teknikal dan memastikan bola mata bertahan.

“Apa sahaja yang berlaku pada masa hadapan akan dipantau,” tambah Rodriquez.

Rodriquez berkata, pasa masa ini, mata yang dipindahkan tidak berkomunikasi dengan otak melalui saraf optik dan untik menggalakkan penyembuhan hubungan antara saraf optik penderma dan penerima, pakar bedah menuai sel stem dewasa daripada sumsum tulang penderma dan menyuntiknya ke dalam saraf optik semasa pemindahan, dengan harapan mereka akan menggantikan sel yang rosak dan melindungi saraf.

“Pemindahan glob mata yang berdaya maju membuka banyak kemungkinan baharu, walaupun penglihatan tidak dipulihkan dalam kes ini,” katanya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button