Berita Semasa

Malaysia sokong gencatan senjata segera di Gaza

KUALA LUMPUR – Malaysia merupakan antara 120 negara yang mengundi menyokong gencatan senjata segera di Tebing Gaza, pada Jumaat.

Resolusi yang ditaja Jordan pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) itu bermatlamat menyeru gencatan senjata segera selain bantuan kemanusiaan serta perkhidmatan penting sampai ke Genting Gaza tanpa sebarang halangan.

Menurut laman sesawang Berita PBB, pengundian semasa Sidang Khas Tergempar ke-10 pada Jumaat menyaksikan resolusi tersebut menerima 120 undi menyokong, 14 menentang dan 45 tidak mengundi.

Amerika Syarikat (AS) yang bersekongkol dengan kekejaman rejim Zionis terhadap orang awam di Gaza mengetuai bantahan tersebut diikuti, Austria, Croatia, Republik Czech, Fiji, Guatemala, Honduras, Israel, Kepulauan Marshall, Micronesia, Nauru, Papua New Guinea, Paraguay dan Tonga.

Manakala negara-negara jaguh hak asasi manusia seperti Australia, Kananda, Sweden dan United Kingdom (UK) pula tidak mengundi atau tidak mengambil peduli mengenai krisis kemanusiaan yang sedang melanda wilayah Palestin yang dikepung itu.

Minggu lalu, AS menggunakan kuasa veto untuk menolak resolusi Majlis Keselamatan PBB (UNSC) untuk ‘pemberhentian kemanusiaan’ berhubung konflik Israel-Palestin.

Menurut duta negara itu ke PBB, Linda Thomas-Greenfield, Washington menggunakan vetonya kerana UNSC tidak mengiktiraf hak Israel untuk ‘mempertahankan dirinya’.

PBB dan badan kemanusiaan memberi amaran bahawa melengahkan lagi bantuan ke wilayah yang bergolak itu akan menyebabkan malapetaka besar krisis kemanusiaan.

Show More

Related Articles

Back to top button