Berita Semasa
Kementerian Kewangan berikan penjelasan mengenai GST di Dewan Rakyat minggu depan
KAJANG – Kementerian Kewangan akan memberikan penjelasan mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di Dewan Rakyat pada Isnin depan.
Ini termasuk sama ada cukai tersebut akan diperkenalkan semula atau sebaliknya, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan.
“Beberapa hari ini juga saya sudah jalankan libat urus dengan Ahli Parlimen di Dewan Rakyat. Ada banyak persoalan dibangkitkan mengenai GST ini.
“Saya nyatakan, akan beri penjelasan pada Isnin ini,” kata Ahmad selepas melancarkan Pasaran Hartanah Separuh Pertama 2023 NAPIC, di sini, hari ini.
Pada Rabu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan sebagai berkata, kerajaan perlu mengurangkan subsidi kepada golongan kaya sebelum memperkenalkan semula GST.