Jenayah & Mahkamah

Polis sahkan kejadian wang tunai RM1 juta hilang dari van keselamatan

AMPANG – Polis mengesahkan kehilangan wang tunai sebanyak RM1 juta daripada sebuah van keselamatan di Ampang Point, semalam.

Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, wang berkenaan dilaporkan hilang selepas proses kutipan oleh sebuah syarikat keselamatan dari sebuah bank di Ampang Point.

“Kertas siasatan dibuka bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Terdahulu, tular maklumat di media sosial mengenai kejadian berkenaan dipercayai berlaku ketika pemandu van keselamatan menyedari pintu van terbuka.

Individu berkenaan membuat pemeriksaan dan mendapati satu beg berisi wang tunai tiada dipercayai terjatuh.

Show More

Related Articles

Back to top button