Berita SemasaDalam Negeri

TDM terima aset baharu pertahanan

KUALA LUMPUR – Kesiapsiagaan dan keupayaan pasukan Tentera Darat Malaysia (TDM) terus diperkasa melalui penerimaan aset-aset pertahanan baharu dalam satu majlis yang berlangsung di 92 Depot Kenderaan Pusat (DKP), Kem Batu Kentomen hari ini.

Majlis Penyerahan Aset Tentera Darat itu disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan.

Kementerian Pertahanan (MINDEF) dalam satu kenyataan hari ini berkata, antara perolehan terbaharu TDM itu antaranya adalah 57 unit Modular Tent, 13 unit Multi Channel Radio System (MCRS), 10 unit Multipurpose Mobile Inventory Vehicle (MMIV), 153 unit Trak 1 Tan Fitted For Radio (FFR), dua unit Kenderaan Penarik dan Horse Float, 30 unit All Terrain Vehicle (ATV), Night Vision Goggle, Anti Tank 84mm Carl Gustav dan pelbagai lagi.

Muhammad Hafizuddeain Jantan bersama pegawai-pegawai TDM pada Majlis Penyerahan Aset Tentera Darat di 92 Depot Kenderaan Pusat (DKP), Kem Batu Kentomen hari ini.

“Perolehan baharu ini membolehkan anggota melaksanakan tugas dengan lebih berkesan dan menjadikan kesiagaan TDM di tahap yang tinggi sama ada dalam mempertahankan keselamatan negara dan juga untuk melaksanakan misi bantuan kemanusiaan,” katanya.

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Leftenan Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim; Ketua Staf Tentera Darat (KSTD), Leftenan Jeneral Datuk Zaidan Atan serta pegawai-pegawai kanan tentera darat dan wakil-wakil syarikat yang terlibat.

Show More

Related Articles

Back to top button