Berita Semasa

Pelajar sekolah agama maut, kenderaan terjunam dalam sungai

LAWAS – Perjalanan sekumpulan pelajar berakhir tragedi apabila tiga daripa mereka maut, manakala seorang lagi kritikal selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki bersama enam yang lain terjunam ke sungai di Kampung Awat-Awat di Jalan Awat-Awat, dekat Sundar, di sini tengah hari tadi.

Menurut BH Online kejadian berlaku ketika Perodua Alza itu dalam perjalanan membawa lapan pelajar Sekolah Kebangsaan Agama Lawas menuju Kampung Awat-Awat, dengan dua lagi mangsa membabitkan pemandu dan anaknya yang berusia lima tahun.

Difahamkan tiga yang maut itu dikatakan terperangkap di dalam kereta sebelum dikeluarkan orang awam dan dihantar ke Klinik Kesihatan Sundar Lawas.

Mereka iaitu Mohamad Nazran Ag Matasan, 10; Eryna Akifa Imani Zukri, 8, dan Mohd Fayard Mohd Azmi, 5, bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Seorang lagi mangsa Madieenatul Munawarah Mohd Azmi yang berusia sembilan tahun dilaporkan kritikal dan sedang dirawat di Hospital Miri.

Enam mangsa lain termasuk pemandu, 39, dikatakan berjaya keluar menyelamatkan diri dari dalam kereta.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas, Azman Ibrahim. berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 1.15 petang, sebelum sepasukan anggota dari BBP Lawas bergegas ke lokasi.

“Pasukan bomba melakukan pemeriksaan serta pencarian secara permukaan di sekitar kenderaan yang tenggelam itu bagi memastikan semua mangsa berjaya dikeluarkan,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button