Luar Negara

Pelakon suara Doraemon, Nobuyo Oyama meninggal dunia pada usia 90 tahun

TOKYO – Pelakon suara yang terkenal kerana memainkan watak utama dalam siri anime Jepun popular ‘Doraemon’, Nobuyo Oyama meninggal dunia pada usia 90 tahun menurut agensinya pada Jumaat.

Memetik laporan Agensi Berita Kyodo, Oyama yang berasal dari Tokyo memulakan kerjaya cemerlang sebagai pelakon suara selepas menamatkan pengajian dari sekolah lakonan Haiyuza.

Doraemon, yang disuarakannya selama lebih suku abad, menjadi karakter ikonik yang disayangi oleh kanak-kanak.

Beliau meninggal dunia atas sebab semula jadi pada 29 September di sebuah hospital di Tokyo, menurut agensinya.

Selain berjuang melawan kanser kolorektal dan pernah mengalami strok, Oyama mendedahkan pada 2015 bahawa beliau juga berhadapan dengan masalah demensia.

 

Show More

Related Articles

Back to top button