Pakar ekonomi sifatkan strategi pelaburan baharu LTAT bantu jana pertumbuhan, sokong komitmen persaraan
KUALA LUMPUR – Pakar ekonomi, Professor Dr. Geoffrey Williams menyifatkan perianjian jual beli (SPA) ditandatangani Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) adalah sejajar dengan strategi pelaburan semula jangka masa panjangnya.
Menurut Dr. Geoffrey, ia juga menekankan peningkatan pulangan dan memastikan pertumbuhan kewangan yang mampan.
Beliau berkata, perjanjian yang akan menjana dana daripada aset warisan itu, dilihat sebagai bahagian penting dalam komitmen LTAT untuk memperkukuh kapasiti pelaburan masa depan.
“Tumpuan utama strategi pelaburan semula adalah kepada sektor farmaseutikal dan biofarmaseutikal, dipacu oleh program GEAR-uP kerajaan, yang menggalakkan peralihan strategik dalam syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), termasuk LTAT.
“Dana yang diperlukan untuk LTAT mengalihkan fokusnya ke arah peluang pelaburan berpendapatan tinggi khususnya dalam sektor nilai tambah seperti farmaseutikal disediakan menerusi langkah
SPA ini.
“Ini sejajar dengan matlamat LTAT untuk menyokong persaraan perkhidmatan anggota tentera dalam jangka masa panjang” katanya memetik laporan Bernama.
Williams berkata, pencarum LTAT dijangka meraih manfaat daripada langkah itu melalui pendapatan pelaburan yang lebin tinggi, yang akan membantu mengembangkan saiz dana dan memenuhi obligasi persaraan masa depan dengan lebih terjamin.
“Ini amat penting kerana pesara perlu menyesuaikan dengan peningkatan kos sara hidup dan indikator gaji.
“Pada masa yang sama, peranan berterusan LTAT sebagai pemegang saham utama dalam Boustead Holdings Bhd dijangka memperkukuh kedudukan pasaran syarikat itu,” katanya.
Pakar ekonomi itu berkata LTAT kini sedang menyusun semuld Boustead Holdings dengan meneliti aset bukan teras dan mengurangkan unit berprestasi rendah, langkah yang bertujuan meningkatkan daya saing kumpulan itu.
Sebelum ini, LTAT berkata strategi itu akan memperkukuh lembaran imbangan dan kedudukan kewangan Boustead Holdings kerana penjualan tersebut akan menambah baik nisbah kadar hutang dan akan membolehkan Boustead Holdings memenuhi obligasi kewangan.
Williams berkata dana yang dijana daripada jualan itu, termasuk daripada Affin Bank, akan membolehkan LTAT mempelbagaikan pelaburan di samping mengekalkan 22.01 peratus kepentingan dalam Affin Bank, menuniukkan komitmen berterusan LTAT terhadap kumpulan.
“Pempelbagaian meliputi bidang hasil tinggi seperti biofarmaseutikal adalah sebahagian strategi LTAT untuk menjana pulangan lebih baik dengan risiko yang minimum,” katanya.
Dari sudut pandang ekonomi, pembelian saham dalam Affin Bank oleh kerajaan Sarawak dijangka merangsang rancangan pembangunan negeri itu yang lebih luas.
Williams berkata dengan menjadi pemegang saham terbesar, Sarawak berpotensi memanfaatkan bank itu sebagai alat pembangunan, melengkapkan Dana Kekayaan Masa Depan Berdaulat Sarawak yang baru diwujudkan.
“Ini menjadikan Sarawak mempunyai bank pusat negerinya sendiri, yang boleh melaksanakan peranan penting dalam membiayai inisiatif pembangunan negeri,” katanya.
Dalam melangkah maju, SPA itu dijangka membuka ruang dan peluang untuk keriasama masa depan antara LTAT dan kerajaan Sarawak, dengan bidang berpotensi bolen melibatkan projek infrastruktur yang sejajar dengan rancangan pembangunan jangka masa panjang negeri, atau penjualan aset bukan teras seperti kampus University of Nottingham, yang sebelum ini ditarik balik.
Semalam, kerajaan Sarawak, melalui anak syarikat milik penuhnya, SG Assetfin Holdings Sdn Bha, telah memeterai SPA saham Affin Bank dengan LTAT dan Boustead Holdings.
Susulan itu, kerajaan negeri Sarawak kini ialah pemegang saham terbesar Affin Bank, meningkatkan kepentingannya kepada 31.25 peratus daripada 4.81 peratus sebelum ini.
Semasa berucap pada majlis menandatangani perjanjian SPA saham Affin antara LTAT dan kerajaan negeri Sarawak, Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata perjanjian itu dijangka memberi manfaat yang cukup besar kepada simpanan persaraan anggota Angkatan Tentera Malaysia di LTAT.
“Melalui kerjasama pelaburan strategik ini, dana persaraan anggota ATM akan diuruskan dengan lebih berkesan dan efisien, memastikan pulangan yang lebin baik dan stabil,” katanya.
Beliau berkata, langkah itu bukan sahaja meningkatkan kestabilan kewangan selepas persaraan malah juga memberi jaminan dalam menyusuri masa depan yang lebin cerah.
“Bagi pihak Kementerian Pertahanan, saya beri jaminan, meskipun jualan ini dilakukan,
LTAT akan kekal menjadi sebahagian pemegang saham utama dalam Affin Bank.
“Sebagai pengurus dana persaraan, LTAT perlu mengutamakan kepelbagaian aset dan menguruskan pelaburannya dengan memberi tumpuan kepada kestabilan dana serta pulangan yang berterusan,” katanya.
Beliau berkata majlis menandatangani perianjian itu menandakan permulaan era kerjasama baharu, dan beliau optimis terhadap peluang strategik yang bakal dimanfaatkan bersama.