Berita SemasaJenayah & Mahkamah

KPDN rampas 3,000 bungkus laksa, kuetiau guna logo halal tidak sah

SUNGAI SIPUT – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merampas 3,020 bungkus produk laksa dan kuetiau yang menggunakan logo halal tidak sah di sebuah kilang di sini, semalam.

Pengarah Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Kamalludin Ismail berkata, tindakan diambil di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 mendapati pengusaha premis telah menggunakan logo halal tanpa kebenaran.

“Hasil pemeriksaan mendapati pemilik perniagaan gagal mengemukakan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah.

“Sebanyak 3,020 bungkus produk laksa dan kuetiau siap dibungkus dan tiga gulungan bekas plastik tertera logo halal tidak sah digunakan untuk tujuan perdagangan dan dokumen berkaitan telah disita.

“Produk laksa dan kuetiau yang dirampas dipercayai untuk edaran jualan sekitar Perak dan Pulau Pinang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Related Articles

Kamaluddin berkata, operasi bersepadu oleh KPDN itu dijalankan bersama Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Kangsar, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK).

“Nilai keseluruhan barang rampasan dianggarkan berjumlah lebih RM5,000,” katanya.

Katanya, kes disiasat di bawah Peraturan 8(a), Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 iaitu kesalahan memperaku mana-mana makanan itu adalah halal.

Selain itu, pihaknya turut mengesan dua kesalahan di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972 melibatkan kompaun sebanyak RM1,000.

Show More

Related Articles

Back to top button