Luar Negara

Ribuan cedera, Israel didakwa lancar serangan siber guna peranti komunikasi

BEIRUT, Lebanon – Israel dilaporkan melancarkan serangan siber ke atas peranti komunikasi di negara ini menyebabkan ribuan cedera.

Setakat ini dilaporkan 4,000 individu mengalami kecederaan, manakala 11 lagi terbunuh.

Difahamkan, antara yang tercedera termasuk Duta Iran ke Lebanon, Mojtaba Amani yang mengalami kecederaan serius di mata.

Laporan media tempatan menyebut, serangan itu menyasarkan peranti alat kelui yang digunakan oleh orang ramai termasuk komander dan ahli Hezbollah, dan petugas hospital.

Menurut Sky News Arabia, perisikan Israel telah berjaya memintas bekalan alat kelui jenis Gold Apollo AR-924 yang mahu dibawa masuk ke Lebanon, lalu memasukkan bahan letupan PETN ke dalam peranti tersebut, sebelum ia diedarkan ke dalam pasaran.

Serangan tersebut, dipercayai dilancarkan menggunakan dron yang menghantar isyarat kepada peranti menyebabkan baterinya memanas lalu meletupkan bahan letupan tersebut.

Show More

Related Articles

Back to top button