Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Pesara tentera terbunuh, enam cedera dalam perjalanan ke Krabi

KANGAR – Seorang terbunuh manakala enam lagi cedera selepas van yang dinaiki mereka terbabas melanggar pokok di Kampung Permatang Pauh, Jalan Kangar-Alor Setar di sini.

Kejadian berlaku ketika mereka dalam perjalanan bercuti ke Krabi, Thailand.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asistem Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, mangsa yang terbunuh dikenal pasti sebagai Mohd Arshad Hanapiah seorang pesara tentara manakala mangsa lain yang cedera terdiri daripada empat lelaki dan dua perempuan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Kemalangan ini melibatkan mangsa berusia dalam lingkungan 11 hingga 73 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yusharifuddin berkata, mangsa maut dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) manakala enam yang cedera kini masih dirawat di hospital yang sama.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu yang terbabas sendiri ke sebelah kiri jalan lalu melanggar pokok. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya

Show More

Related Articles

Back to top button