Berita Semasa

Isu sijil halal: Kertas siasatan terhadap Teresa Kok siap dalam masa dua hari – KPN

KUALA LUMPUR – Kertas siasatan terhadap Naib Presiden DAP, Teresa Kok mengenai isu pensijilan halal akan disiapkan dalam masa dua hari, dan kemudian diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk tindakan selanjutnya.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, pihaknya sudah menerima sebanyak 50 laporan setakat pukul 12 tengah hari tadi.

“Kita terima sebanyak 50 laporan setakat pukul 12 tengah hari ini.

“Kertas siasatan akan dimajukan ke pejabat AGC dalam dua hari lagi untuk siasatan serta tindakan,” kata Razaruddin, hari ini.

Untuk rekod, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan, Seksyen 505(b)Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, Teresa yang juga Ahli Parlimen Seputeh, Teresa hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini.

Beliau yang ditemani peguamnya, Syahredzan Johan dan Ramkarpal Singh dilihat keluar dari pekarangan Bukit Aman pada kira-kira pukul 11.55 pagi.

Dalam sidang akhbar selepas memberi keterangan tersebut, Teresa dipetik sebagai berkata, beliau tidak pernah membantah pensijilan halal tetapi hanya menyuarakan suara hati rakyat pelbagai kaum di Malaysia.

Show More

Related Articles

Back to top button