Sukan

Pestabola Merdeka: Malaysia muncul juara, tamatkan kemarau 11 tahun

KUALA LUMPUR – Selepas kali terakhir muncul juara pada 2013, Malaysia berjaya menamatkan kemarau 11 tahun selepas menewaskan Lubnan 1-0 dalam perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Romel Morales muncul wira Harimau Malaya selepas menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-33 hasil hantaran daripada Endrick Dos Santos.

Memasuki separuh masuk kedua, Malaysia melakukan tiga pertukaran dengan memasukkan Arif Aiman dan Akhyar Rashid dan Feroz Baharuddin.

Walaubagaimanapun, tiada jaringan berjaya dicetak oleh kedua-dua pasukan sehingga tamat wisel permainan.

Sebagai rekod, kemenangan malam ini menyaksikan Malaysia meraih kejuaraan yang ke-13 dalam sejarah Pestabola Merdeka sejak ia dipertandingkan.

Show More

Related Articles

Back to top button