Berita Semasa

Perkembangan teknologi AI dalam domain pertahanan perlu diberi perhatian serius

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Seoul, Korea Selatan hari ini bagi memulakan lawatan kerja rasmi selama lima hari.

Mohamed Khaled berkata, dalam rangka lawatan itu, beliau akan menghadiri Sidang Kemuncak Responsible Artificial Intelligence in the Military Domain (REAIM) dan Dialog Pertahanan Seoul (SDD) 2024.

“Perkembangan teknologi kecerdasan buatan (AI) memerlukan kita memberi perhatian serius terhadap perkara ini terutamanya dalam domain pertahanan.

“Selain itu, saya akan turut mengadakan pertemuan melibatkan beberapa rakan sejawat dan pemain industri pertahanan Korea Selatan.

“Antaranya perjumpaan dan pembentangan oleh pihak Korea Aerospace Industries Ltd (KAI) dan Hanwha di pusat operasi mereka,” katanya dalam satu hantaran dalam laman media sosialnya.

Dalam pada itu katanya, sasaran daripada lawatan kerja itu adalah bertujuan memperkukuh kerjasama pertahanan negara.

Show More

Related Articles

Back to top button