Berita SemasaPM X

Tabung Kewangan Asia pelengkap kepada institusi kewangan antarabangsa

VLADIVOSTOK – Tabung Kewangan Asia yang sedang dirundingkan penubuhannya merupakan pelengkap kepada institusi kewangan antarabangsa sedia ada.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau mencadangkan penubuhan tabung itu kerana percaya bahawa perlu ada mekanisme alternatif untuk melengkapi dan kadangkala menangani tekanan, sambil menambah bahawa tidak ada keperluan untuk persaingan, lapor Sputnik.

“Kami membincangkan perkara ini secara serius dalam kalangan ASEAN dan dengan China untuk mewujudkan tabung itu, dan saya turut membangkitkan perkara ini dengan Perdana Menteri Jepun (Fumio Kishida).

“Jadi, rundingan sedang berlangsung,” kata Anwar di luar sidang Forum Ekonomi Timur (EEF).

Anwar berkata demikian dalam satu temu bual bersama agensi berita Rusia RIA Novosti dan stesen televisyen negara itu, RT.

Forum Ekonomi Timur bermula Selasa lepas dan berakhir hari ini.

Show More

Related Articles

Back to top button