Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Gajah mati dilanggar treler di Kampung Gajah

KLUANG – Seekor gajah mati selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di Jalan Sri Timur, Kampung Gajah di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 10.45 malam itu daripada pemandu treler berusia 53 tahun.

Katanya, kejadian berlaku apabila gajah berkenaan tiba-tiba melintas jalan semasa pemandu treler berkenaan dalam perjalanan dari Mersing menuju ke Kahang Timur.

“Pemandu treler berkenaan selamat tanpa mengalami kecederaan dalam kejadian tersebut tetapi gajah berkenaan mati di tempat kejadian akibat perlanggaran itu.

“Kita telah menghubungi pihak Perhilitan untuk pengurusan bangkai gajah tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 kerana gagal mengawal kenderaan ketika memandu sehingga menyebabkan kemalangan.

Show More

Related Articles

Back to top button